ONEXOX
BannerFans.com

Mr Spock Dalam Siri ‘Star Trek’ Mati

on Friday, February 27, 2015




LOS ANGELES: Pelakon veteran, Leonard Nimoy atau lebih terkenal dengan watak Mr Spock dalam siri televisye#n dan filem sains fiksyen 'Star Trek', meninggal dunia hari ini pada usia 83 tahun.

Beliau eninggal dunia di kediamannya di Los Angeles selepas menghidap penyakit paru-paru yang kronik.

Berita kematiannya disahkan oleh ahli kel#uarga dan ejen Nimoy. Satu upacara memperingati Nimoy dilaporkan sedang dirancang ahli keluarganya dalam masa terdekat.

Kematian Nimoy turut mengejutkan rakan artis, selebriti terkenal dunia, peminat siri televisyen dan filem berkenaan, termasuk Presiden Barack Obama.




"Saya menyayanginya seperti seorang ab#ang. Kami akan merindui jenaka dan kebolehannya," kata William Shatner, yang memegang watak sebagai Kapten James T Kirk dalam siri Star Trek.

George Takei yang memegang watak Mr Sulu dalam filem itu turut bersedih di atas pemergian Nimoy.

"Semoga rohmu tenang di sana sahabatku," demikian posting Takei di Twitternya.

Sementara itu, Obama menerusi Twitternya turut menulis, "Saya meminati watak Spock."

Nimoy yang dilahirkan di Boston p#ada 26 Mac 1931 meninggalkan Ukraine untuk mengejar cita-cita di Hollywood pada usia 18 tahun dan berjaya memukau penonton menerusi lakonannya pada 1950.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved