ONEXOX
BannerFans.com

Senario Mungkin Sertai Maharaja Lawak Mega

on Sunday, February 8, 2015



Senario yang terdiri dari Azlee, Wahid, Lan Pet Pet merupakan kumpulan pelawak yang pernah menghiburkan orang ramai satu masa dulu dengan lawaknya yang selamba.

Boleh dikatakan Senario merupakan perintis kepada pelawak generasi baru.

Azlee dari kumpulan Senario telah memberi komen tentang program lawak Maharaja Lawak mega yang baru sahaja melabuhkan tirainya minggu lepas.




Ini komen Azlee tentang rancangan MLM dan juga kemenangan kumpulan Zero: (Kosmo)

Saya berpendapat rancangan itu bagus kerana berjaya melahirkan lebih ramai pelawak yang mempunyai kelebihan serta mampu mempelbagaikan persembahan bagi menghiburkan penonton. Saya juga sudah menjangkakan Zero sebagai juara berdasarkan kekuatan kumpulan itu yang terletak kepada salah seorang anggotanya, Syaiful atau Melati. Dia seorang pelawak yang penuh dengan aksi ‘sengal’ dan mampu ‘menggigit’ kumpulan lain.

Apabila ditanya tentang kemungkinan Senario akan menyertai rancangan Maharaja Lawak Mega, ini jawapan dari Azlee:

Ya, saya membayangkan Senario akan menyertai MLM jika diberi kesempatan kerana terdapat peminat setia Senario yang mahu kami menyertai program itu. Namun, tujuan kami bukanlah untuk bersaing, sebaliknya ingin bertemu semula dengan rakan-rakan dan peminat yang merindui persembahan kami.


Ini pula pesanan Azlee kepada pelawak-pelawak muda:

Saya tiada pesanan yang khusus tetapi berharap, pelawak-pelawak baharu yang sedang mencipta hari ini supaya jangan sombong terutama dengan peminat. Jika sombong dengan peminat, percayalah perjalanan karier seseorang pelawak atau mana-mana artis pun tidak akan pergi jauh dan tidak lama dalam dunia hiburan.

Wow memang best kalau Senario sertai Maharaja Lawak Mega ni. Baru meriah sikit. Lagi best kalau Apek pun join sekali.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri






Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved