ONEXOX
BannerFans.com

'HARGA BABI NAIK MENJELANG TAHUN BARU CINA' - HASAN MALEK

on Monday, February 9, 2015



Setelah puas berdiam diri dan tidak memberikan sebarang respon terhadap isu 'boikot peniaga cina' seperti yang disarankan oleh Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akhirnya Datuk Seri Hasan Malek timbul mengumumkan kenaikan harga babi sempena musim perayaan Tahun Baru Cina.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kep#enggunaan itu berkata, masyarakat Cina perlu bersedia dengan kenaikan harga babi yang jauh lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Kenaikan harga haiwan itu melibatkan babi hidup bagi ladang sahaja dan daging babi bahagian perut.

Dalam masa yang sama, telur ayam gred A, gr#ed B dan gred C juga mengalami kenaikan harga pada musim perayaan tahun ini.





"Penentuan harga babi hidup dan daging babi ini disebabkan faktor penawaran dan permintaan barangan dalam pasaran, kenaikan kos pengeluaran dan operasi serta mengikut kesesuaian harga pasaran semasa.

"Harga telur ayam lebih tinggi pula dise#babkan pengeluaran telur ayam dalam negara yang mengalami sedikit pengurangan dan gangguan berpunca dari masalah penyakit ayam yang menjejaskan produktiviti ayam untuk bertelur seperti yang berlaku di Melaka dan Johor," katanya.

Bagaimanapun, harga barangan seperti bawang putih China, kubis bulat import, ikan bawal putih, udang putih besar dan daging lemak babi adalah kekal.

Manakala harga barangan yang ditur#unkan adalah ayam hidup, ayam standard dan ayam super.

"Bekalan barangan ini di pasaran sangat mencukupi dan penentuan harga dibuat mengikut kesesuaian harga semasa. Ini bagi membolehkan harga maksimum runcit ayam standard ditentukan pada RM7 sekilogram berbanding RM7.50 pada Tahun Baru Cina tahu lalu.

Hasan mengingatkan agar peniaga me#letakkan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakannya dengan barangan yang lain.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved