ONEXOX
BannerFans.com

AWAS! SINDIKET PENIPUAN DI DEPAN BANGUNAN TABUNG HAJI

on Friday, March 27, 2015




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya mewakili ibubapa saya ingin berkongsi mengenai satu kejadian yang terjadi pada kedua ibubapa saya pada 25 Mac 2015 di Pejabat TH yan#g terletak di Batu Caves Selangor. Kejadian ini berlaku di hadapan pejabat TH, sebaik sahaja mereka berdua melangkah keluar dari pejabat tersebut.

Perlu diingatkan disini, tujuan perkongsian ini bukanlah untuk memburukkan nama Tabung Haji. Kejadian seperti ini juga boleh berlaku dimana-mana institusi kewangan di Negara kita.

Kronologi kisah adalah seperti berikut:

1) Ibubapa saya telah disapa oleh seora#ng wanita berketurunan India bernama Jessica. Beliau telah menawarkan satu kertas. Ibubapa saya menolak pada mulanya kerana menyangkakan itu adalah skim gores dan menang tetapi wanita india itu meyakinkan ibubapa saya yang tiada wang dikenakan dan sekadar tawaran biasa.

2) Ibu saya kononnya telah memenangi wang tunai berjumlah RM1300 dan perlu diambil di sebuah pejabat yang terletak di Kepong

3) Ibubapa saya bersama Jessica pergi ke pejab#at berkenaan dan berjumpa dengan seorang wanita melayu bernama Siti.

4) Siti kemudiaanya mengeluarkan sebuah fail dan menunjukkan bahawa ibu saya bukan sahaja memenangi wang tunai tetapi juga turut berpeluang memenangi pakej umrah untuk 2 orang dan 2 buah kereta – Toyota Camry dan Perodua Viva – kesemuanya adalah percuma.

5) Tetapi untuk mendapatkan kesemua bara#ngan diatas, mereka perlu membayar cas perkhidmatan fotografi sebanyak Rm21,000.

6) Sewaktu menunjukkan pakej yang dimenangi tersebut, ayah saya telah mendapati bahawa salah seorang Ustaz yang kononnya akan mengikuti rombongan umrah tersebut pernah terlibat dengan skim penipuan umrah dikalangan kejiranan kami.

7) Ayah saya mula berasa tidak selesa dan cuba untuk menghubungi rakannya tetapi dihalang oleh mereka yang berada didalam pejabat berkenaan kerana terdapat CCTV. Ayah saya minta untuk keluar d#ari pejabat tersebut dan membuat panggilan pada seorang teman. Dalam waktu yang sama, ibu saya telah menyerahkan kad pengenalan dan buku tabung haji beliau atas tujuan untuk semakan pekerja terbabit tetapi ianya dipulang kembali selepas itu.

8) Ayah saya kembali ke dalam pejabat dan memanggil ibu saya untuk keluar dari pejabat berkenaan dan mereka selamat keluar dari pejabat itu tanpa memberi wang kepada pihak berkenaan.

Tetapi untuk makluman tuan / puan, perkara d#iatas bukanlah kali pertama yang berlaku dikalangan kenalan saya sendiri kerana ibu mertua rakan sekerja saya juga turut mengalami modus operandi yang sama (ditegur dan dipelawa untuk mendapatkan hadiah pakej umrah didepan pejabat TH) pada tahun 2014 dan kes tersebut juga berlaku di lokasi pejabat TH di Batu Caves.

Diharap agar perkongsian ini dapat kita saling mengingati bahawa penipuan ini seringkali terjadi tidak kira dimana. Sekiranya berkesempatan, anak-anak boleh menemani ibubapa dan sebolehnya elakkan dari membiarkan mereka bersendirian terutamanya ketika berurusan mengenai kewangan.

Sekian, terima kasih.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved