ONEXOX
BannerFans.com

LUAHAN SAYU HATI PEGAWAI KASTAM YANG TERLIBAT DALAM VIDEO GST YANG TERSEBAR

on Monday, March 30, 2015



Minggu yang lalu, tersebar sebuah video mempromosikan GST, Cukai Barangan & Perkhidmatan yang bakal dilaksanak#an 1 April ini.

Video yang tersebar itu mendapat kritikan yang teruk di media sosial berikutan dengan kualiti video, tarian dan cara mempromosi GST yang dikatakan agak ketinggalan zaman sehingga ada yang berkata,

"Nampak sangat kualiti RTM,"

Laporan awal media tempatan me#ndakwa video itu diterbitkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi mempromosikan GST. Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh seorang pegawai Kastam yang terlibat dalam video berkenaan.




Video Promosi GST yang paling sadis di dunia
Macam ni nak promosi GST? Anda yakin? Dah bertahun² kita hidup, teknologi pun makin canggih, tapi ini je yang termampu?More: #MediaVids
Posted by My Media Hub on 27hb Mac 2015


Berikut adalah kenyataan dari pegawai Kastam terbabit,

"Assalam Saiful Nang (SN), di sini saya ingin menyentuh post pasal makan panadol atau dengar Pegawai Kastam nyanyi lagi GST. 

"Saya adalah pengikut tegar SN dan sentiasa menyokong apa bentuk penulisan yang dipost. 

"Untuk pengetahuan SN, saya sangat sedih dan kecewa apabila isu seperti ini diperkatakan kerana saya terlibat dalam video tersebut. 

"Video ini diambil (dirakam) 3 tahun lepas untuk program perhimpunan bulanan jabatan dan ianya tidak seharusnya dipertontonkan kepada orang awam kerana ini dibuat untuk dalaman sahaja.

"Memang sangat terkejut apabila perkara ini diviralkan tanpa mengetahui motif disebaliknya. 

"Saya berharap agar SN fikirkanlah disebalik apa yang dipost mendatangkan kesedihan kepada kami yang juga merupakan rakyat marhaen dan terkesan dengan GST ini.

"Saya berharap penjelasan saya ini habis sampai di sini sahaja dan saya akan sentiasa menyokong sebarang bentuk penulisan SN,"

Demikianlah penjelasan dari pegawai Kastam yang terlibat dalam video berkenaan.

Jelas sekali ada pihak yang sengaja #melakukan sabotaj terhadap Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi meningkatkan lagi kemarahan rakyat terhadap kerajaan akan perlaksanaan GST tidak lama lagi.

Tidak mustahil penyebaran video ini dilakukan oleh kakitangan awam di jabatan itu sendiri. Golongan yang tidak bertanggung#jawab seperti ini jelas sekali telah melanggar etika penjawat awam serta mengingkar akujanji yang telah diikrarkan semasa awal perkhidmatan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved