ONEXOX
BannerFans.com

Punca ramai akui emas di Pilah murah terjawap dengan jayanya

on Wednesday, March 11, 2015



KUALA PILAH  - Laporan harga emas murah di pekan ini yang tersiar dalam Sinar Harian, semalam menarik minat orang ramai ya#ng mula bercerita menerusi laman sosial.

Sebahagian mereka masih tertanya-tanya mengenai kesahihan laporan itu, selain membuat andaian sendiri kemungkinan kualiti emas dijual adalah berbeza dengan tempat lain.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-ra#ta pengunjung di Sinar Online dan Facebook Sinar Harian teruja dengan laporan itu sehingga ada yang mengajak rakan untuk pergi ke Kuala Pilah membeli emas.

Salah seorang pemilik Facebook yang dikenali sebagai Siti Zubaidah Mohd Shil berkata, dia dan ahli keluarganya memang pembeli setia emas di pekan ini.

Memandangkan dia yang berasal dari da#erah ini, katanya, setiap kali jika ibunya ingin membeli emas, pasti mereka akan membeli di sini kerana harga yang ditawarkan memang  sangat murah, berbanding tempat lain.

Selain itu, menurut Julia Shuadi, berita mengenai laporan itu adalah benar, kerana adiknya sendiri baru sahaja membeli emas di pekan ini.




Begitu juga dengan Erma Watie, dia juga m#engesahkan bahawa emas di situ murah berbanding di bandar Seremban.

Menurutnya, rakannya yang bekerja di kedai emas sekitar Seremban memberitahu agar membeli emas di Kuala Pilah, kerana harga di Seremban mempunyai perbezaan sehingga mencecah RM25.

Bagaimanapun, terdapat juga komen yang be#rpendapat ketulenan emas dijual di kedai-kedai emas di pekan ini meragukan, mungkin tidak berkualiti serta tidak tulen.

Pemilik akaun FB Zaimi Abd Ghani memberitahu,  emas yang dijual disitu hanya mempunyai nilai 60 peratus emas sahaja, dan bukannya emas asli.

Namun, dakwaan itu disangkal Ramli Sharif yan#g menegaskan bahawa emas di Kuala Pilah adalah berkualiti, dan disahkan Ar Rahnu.

Katanya, emas yang dijual adalah sama kualiti dengan kedai emas tempat lain, tidak wujudnya penipuan.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai emas di pekan ini mendapati, ia terus dipenuhi orang ramai.

Pelanggan yang dikenali sebagai Maizura Is#mail, 35, berkata, dia berkunjung ke kedai emas selepas membaca mengenai harga emas murah menerusi Sinar Harian.

“Sebelum ini ada dengar sahaja emas murah di sini tapi tak pernah pergi. Bila tersiar dalam akhbar, barulah saya yakin dan singgah ke# sini,” katanya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved