ONEXOX
BannerFans.com

NETIZEN MAKI INDIVIDU RAKAM & SEBAR GAMBAR DUA ANGGOTA POLIS LOLAP KERANA KELETIHAN

on Wednesday, March 11, 2015



GEORGETOWN - Gara-gara gambar yang menunjukkan dua anggota polis Balai Polis Komuniti Mak Mandin, Seberang Perai Utara (SPU) tertidur, dua anggota berkenaan diarahkan bertukar ke bilik ger#akan Ibu Pejabat Polis Daerah SPU serta merta.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kertas siasatan tatatertib akan dibuka terhadap dua anggota berkenaan berikutan gambar yang tersebar di media sosial itu.

"Saya memandang serius perkar#a ini dan tindakan tegas akan diambil. Sementara menunggu keputusan tindakan disiplin, anggota terlibat diarah bertukar dalam tempoh 24 jam," katanya.

Bagaimanapun, netizen memberikan reaksi sebaliknya mengenai gambar yang tersebar itu dan mendakwa si perakam gambar berniat jahat mahu memalukan dua anggota polis berkenaan.




"Anggota polis juga adalah manu#sia, sudah tentu punyai rasa mengantuk dan akan tertidur jika mengalami keletihan. Mereka bukannya robot untuk berjaga sepanjang masa. Jika mereka tertidur sekali pun, apa salahnya si perakam gambar mengejutkan mereka? Perlukan ambil gambar dan sebar di laman sosial?" kata salah lelaki yang enggan didedahkan namanya.

Netizen juga mempertikaikan tindakan Ketua Polis Pulau Pinang yang terlalu tergesa-gesa mengambil tindakan yang drastik terhadap dua anggota terbabit.

"Daripada ambil tindakan terhada#p dua anggota berkenaan, lebih baik Ketua Polis Pulau Pinang bekerjasama dengan pihak Suruhjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan individu yang merakam dan menyebarkan gambar itu," katanya.

Tidak dinafikan, ramai yang seringkali menyalahgunakan teknologi dengan mengaibkan orang lain. Sewajarnya PDRM mengambil tindakan terhadap golongan sebegini.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved