ONEXOX
BannerFans.com

Rekod Tercipta! Benjy Ditahan Lagi Buat Kali Ke Empat Kerana Miliki Dadah

on Saturday, March 28, 2015




Alahai.. Apa nak jadi dengan sorang artis kita ni sebab tidak serik-serik apabila ditah#an lagi oleh pihak polis buat kalu keempat kerana memiliki dadah jenis syabu dalam satu sekatan jalan raya di Pagoh, Muar, Johor, semalam.

Menurut pihak polis Benjy ditahan bersama seorang lelaki setelah pihak polis menemui satu beg di tempat letak kaki pemandu yang mengandungi empat paket plastik dadah disyaki syabu dengan anggaran seberat 52.27 gram.

Hasil pemeriksaa#n lanjut, polis turut menjumpai satu kotak di dalam but kereta yang mengandungi beberapa botol plastik tertulis HmbG Chemicals, Bendosen Aceton, Bendosen Toluene dan satu bekas lain yang tertulis perkataan Bendosen Calcium Chloride.

Selain itu, satu paket dadah jenis syabu dengan anggaran seberat 1,073 gram dan satu bekas plastik disyaki syabu dengan berat 193 gram turut ditemui.

Dari pemeriksaan rap#i yang dilakukan dalam kenderaan itu turut menjumpai tujuh kaca, satu corong kaca, satu bekas plastik, satu getah paip, satu pengering dan satu dapur elektrik.

Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved