ONEXOX
BannerFans.com

VIDEO: 'LUAHAN SAYU GADIS CUN MELECUN SUPAYA HENTI SEBARKAN GAMBAR IC'

on Sunday, April 5, 2015



Video seorang individu merayu agar gambar MyKad miliknya tidak disebarkan lagi mencetuskan kekecohan di media sosial.

Individu bernama Hafizal, 27, merayu agar gambar kad pengenalannya tidak disebarkan lagi kerana tindakan itu mencemarkan imej serta maruahnya.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya nak bagitahu kepada anda semua tolonglah jangan keluarkan gambar saya dan janganlah tunjukkan IC saya dan mengedit IC saya sampai macam itu sekali, saya malu sangat. Sebab saya nak cari rezeki yang halal.

"Saya tak ganggu orang, saya tak kacau orang. Tapi tolonglah jangan buat IC saya macam tu. Tolong jangan kata saya macam-macam. Saya merayu sangat.

"Saya hilang arah sejak saya nampak gambar-gambar IC saya dibuat macam tu, kawan-kawan saya hantar dekat saya, pelanggan hantar pada saya. Saya malu sangat. Apa salah saya dengan anda semua? Saya minta maaf, tetapi tolonglah jangan keluarkan gambar IC saya macam tu. Saya merayu sangat," katanya.




'Lelaki' Rayu Henti Sebarkan Gambar IC Beliau
'Henti Sebarkan Gambar IC Saya' - Rayu HafizalSelanjutnya: http://goo.gl/3N7bB3More: #MediaVids
Posted by My Media Hub on 5hb April 2015


Difahamkan, gambar kad pengenalan Hafizal tersebar sejak kebelakangan ini kerana status dalam kad pengenalannya itu berbeza dengan wajahnya yang persis seorang wanita.

Berdasarkan kad pengenalan, Hafizal didaftarkan sebagai seorang lelaki dan status jantinanya pula adalah khunsa.

Gambar kad pengenalannya itu disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab menyebabkan Hafizal terpaksa menanggung malu apabila dia dihujani dengan pelbagai persoalan & mesej dari rakan-rakan serta pelanggan tempat kerjanya.

Bertambah buruk lagi apabila adanya individu yang tidak bertanggungjawab menyunting gambar kad pengenalannya itu menyebabkan Hafizal dilemparkan dengan kata-kata buruk.

Perkara ini menyebabkan Hafizal tertekan dan menangis serta tidak faham mengapa dirinya dimalukan sampai ke tahap itu. Sebagai jalan terakhir menamatkan isu ini, Hafizal tampil dengan rakaman video yang dirakam di dalam kereta di tepi jalan, merayu agar orang ramai berhenti menyebarkan gambar kad pengenalannya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved