ONEXOX
BannerFans.com

Cikgu Cun Melecun Jadi Sayu Berlinang Air Mata Dek Hadiah Tolo Itik Murid

on Wednesday, May 20, 2015



SEPERTI semua maklum, 16 Mei lalu merupakan hari teristimewa buat semua insan yang bergelar guru atau pengajar.

Pastinya, ada dalam kalangan murid yang ingin menzahirkan penghargaan atas pengorbanan dan jasa para pendidik dengan pemberian hadiah buat guru yang tersayang.

Tapi, cerita hadiah pemberian seorang murid kepada gurunya yang dikenali sebagai Ruhaida Liani ini menarik hati kami.




“Teacher.. saya tiada apa nak kasi dekat teacher. Kebetulan itik saya baru bertelur empat biji semalam. Ini sahaja yang ada, ikhlas dari saya buat teacher,” kata murid itu kepada cikgu Ruhaida.

Facebook guru itu memperlihatkan dia mengajar di Sekolah Kebangsaan Ketengah Jaya 2 di Terengganu.

Pemberian ikhlas anak murid yang menghadiahkan telur itik ini sedikit sebanyak menyentuh hati guru ini.

Walaupun kekurangan wang ringgit, namun usaha anak murid ini bagi menghargai gurunya layak dipuji.

Kata Cikgu Ruhaida, hadiah ini membuatkan dirinya menitiskan air mata terharu akan keikhlasan anak-anak didiknya.

Untung sungguh Cikgu Ruhaida dikelilingi dengan anak-anak murid yang menyayangi dirinya.

Pengalaman hari guru ini, pastinya membuat Cikgu Ruhaida bersemangat untuk terus berkhidmat dalam mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yang berjaya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved