Seorang suami yang kuat cemburu menyangka isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain telah merancang untuk membalas dendam dengan meletakkan 'superglue' di alat sulit isterinya.
Lelaki itu begitu obses dengan 'naluri hatinya' menyangka wanita berusia 40 tahun itu 'tidur' dengan bapa saudaranya setelah dia menghantar isterinya itu ke rumah berkenaan di Afrika Selatan.
Lelaki berusia 45 tahun itu mengurung mangsa di dalam bilik dan memaksanya membuka kesemua pakaian sambil mengugut mahu memenggal kepala mangsa dengan parang jika arahannya tidak dituruti.
"Dia mengarahkan saya barang dan mengangkang sebelum dia meletakkan 'superglue' di bahagian alat sulit saya.
"Saya menangis meminta dia menghentikan perbuatan itu tetapi dia tidak mengendahkan rayuan saya.
"Saya tidak tahu mengapa dia tergamak membuat saya seperti itu.
Mangsa kemudian cuba membuang gam itu dan bimbang dia tidak dapat membuat hubungan kelamin serta menderita kesakitan.
Mangsa mahu lelaki itu ditangkap oleh polis namun bimbang suaminya akan kembali mengancamnya.
"Saya mahu buat dakwaan tetapi dia telah melarikan diri dan tidak pernah muncul selepas kejadian itu.
"Saya takut dia akan kembali bila-bila masa dan memenggal kepala saya," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment