ONEXOX
BannerFans.com

LUAHAN SAYU RITA RUDAINI - 'AIDIL AKUI ZAREMA KERAP GANGGU SAYA'

on Friday, May 22, 2015



Rita Rudaini, menganggap tindakan bekas suaminya, Aidil Zafuan membuat laporan polis terhadap dirinya Khamis lalu selepas nombor telefon isterinya tersebar di laman sosial di laman Instagram Rita, sebagai satu sandiwara.

"Saya tak dedahkan pun nombor yang tertera di laman Instagram itu milik siapa. Tapi dia (Aidil) dengan sendirinya memberitahu itu nombor isterinya.

"Kenapa pula isteri dia perlu menyimpan nombor saya di dalam telefon bimbitnya sedangkan antara kami tiada kaitan. Tak perlulah nak simpan nombor saya.

"Saya tak angkat panggilan nombor berkenaan yang didakwa nombor isterinya. Panggilan berkenaan dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp dan bukannya panggilan biasa," katanya.

Rita berkata, apabila menyedari perkara memalukan itu, Aidil memberikan alasan mahu menjemput saya ke acara membabitkan keluarganya.

"Tak kiralah nak jemput saya ke majlis cukur jambul ke atau majlis sembelih lembu berekor-ekor sekalipun, kenapa tak hubungi dengan panggilan biasa atau hantar mesej sahaja? Saya tak faham sandiwara apa pula yang cuba kedua mereka lakukan terhadap saya," katanya.

Menurut Rita, Aidil sudah lama tahu isterinya, Zareema Zainal, acap kali mengganggu dirinya.

"Dia sendiri mengaku kepada saya isterinya suka mengganggu saya. Isterinya pernah berpuluh kali menghubungi saya. Saya pun tak tahu apa motif isterinya nak buat begitu. Dia pernah cerita perangai isterinya sejak mereka belum berkahwin lagi. Rita menegaskan beliau tidak takut dengan apa yang cuba dilakukan Aidil dan isterinya kerana tahu Allah maha mengetahui dan maha adil.

"Jadi saya tak terkejut kalau dia bagi alasan nak jemput itu dan ini kerana nak menutup kesalahan orang termasuk isterinya.

"Dia siap cakap lagi panggilan telefon menerusi WhatsApp itu dibuat sebab nak cakap dengan anak. Sedangkan jam sudah hampir 11 malam. Anak saya sudah tidur waktu sebegitu," katanya. - BERITA HARIAN

Sementara itu, Zarema pula menyatakan dia langsung tidak terkesan dengan apa jua kenyataan yang dikeluarkan oleh Rita Rudaini.



"You respect or tak, itu hak you. Me and my husband have our own reason. I sikit tak terkesan apa yang orang nak cakap. Because to me as long as I have my family and friends around me and husband yang masih menyayangi kami, itu dah paling penting dan syukur. Takde siapa yang ganggu siapa pun. Kita yang tak tahu janganlah jadi hakim dengan cerita yang kita sendiri tak tahu pokok dan pangkalnya," kata Zarema kepada seorang followersnya.

Di mata kami, inilah bahana rampas suami orang. Keh²..

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved