ONEXOX
BannerFans.com

Bumbung kaki lima Arked Mara Bandar Seri Jempol runtuh

on Friday, June 12, 2015



BANDAR SERI JEMPOL - Bumbung di kaki lima Arked Mara Bandar Seri Jempol, di sini tiba-tiba runtuh dalam kejadian lewat petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 6.35 petang itu juga hampir mengenai sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza yang di parkir setengah meter dari Arked Mara berkenaan  yang menempatkan dua premis perniagaan iaitu pusat internet dan kedai fotokopi.

Pemilik pusat internet, Yahya Md.Yusoff, 34, berkata, ketika kejadian, dia berada di Seremban dan hanya dimaklumkan oleh pekerjanya.

"Mujurlah ketika insiden itu pekerja saya berada dalam premis. Saya berniaga di sini sejak 2010 kerana sebelum itu saya berniaga di bahagian belakang dekat bangunan sama pada 2008,” katanya ketika ditemui.

Yahya berkata, dia bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana kebiasaannya terdapat sekumpulan remaja sering melepak di kawasan berkenaan.

Sementara itu, peniaga kedai makan, Fadzil Mohd Najimi, 41, pula berharap supaya pihak Mara membuat pemeriksaan ke atas bangunan terbabit yang dibina lapan tahun lalu.

“ Kita yang berniaga ini bimbang juga akan keselamatan diri, maklum sahajalah kita berniaga makanan. Pelanggan keluar masuk.

“Tambahan pula ini merupakan punca pendapatan saya. Kita sedia beri kerjasama kepada pihak Mara berhubung perkara berkaitan agar bangunan ini selamat digunakan,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, maklum balas mengenai kejadian itu juga telah mendapat perhatian Mara susulan terdapat kerja pembersihan telah dibuat oleh kontraktor terbabit.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved