ONEXOX
BannerFans.com

JURUTERA MELAYU KANTOI RAKAM VIDEO PAHA AMOI CUN MELECUN

on Thursday, July 9, 2015



KUALA LUMPUR – Gatal tak bertempat, seorang lelaki didakwa cuba merakam video paha seorang wania yang sedang menaiki eskalator dengan smartphonenya, Sabtu lalu.

Jurutera Kilang, Nasrul Aizat Zulkifli, 25, mengaku bersalah di hadapan Majistret Nur Azura Murah terhadap pertuduhan hendak mengaibkan kehormatan mangsa dengan merakam video bahagian sulit seorang pekerja kedai telefon yang berusia 29 tahun.

Nasrul didakwa melakukan perbuatan itu di tangga eskalator tingkat 1, Plaza Low Yat, 6.30 petang, 13 Jun yang lalu.

Nasrul dijatuhkan hukuman penjara selama lima hari bermula dari tarikh dia ditangkap pada 13 Jun lalu, juga didenda sebanyak RM4,000.

Sekiranya gagal membayar denda, Nasrul akan dipenjara selama 5 bulan.

Nasrul didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang menaiki eskalator untuk ke tingkat satu dan menyedari Nasrul meletakkan smartphone di bawah skirtnya.

Mangsa kemudian meminta Nasrul menunjukkan smartphonenya namun tidak diendahkan serta menafikan dakwaan mangsa.

Berang dengan Nasrul, mangsa menjerit meminta pertolongan orang di sekeliling. Nasrul kemudian ditahan oleh orang ramai dan merampas telefon miliknya serta menemui satu rakaman video yang menunjukkan paha mangsa.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Hj Aduka said...

Kenapa tangkap pelakunya? Kenapa tangkap jurutera ini walaupun dia melakukan jenayah? TANGKAP SAJA PEMBERI MAKLUMAT, abis citer !


July 9, 2015 at 6:29 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved