ONEXOX
BannerFans.com

Tuduhan Ke Atas Najib Sama Seperti Serang Umat Islam

on Wednesday, July 8, 2015



“Tuduhan Ke Atas Najib Sama Seperti Serang Umat Islam”, itulah yang dikatakan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Taktik itu digunakan memandangkan UMNO mempunyai 89 kerusi Parlimen berbanding Pas yang hanya 21 kerusi.

“Jadi untuk kucar-kacirkan negara, mereka mesti lumpuhkan UMNO dengan menyerang pemimpin UMNO yang mana sebelum ini mereka membuat serangan di peringkat dalam negara tetapi tidak berjaya,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Beliau yang juga berkata, serangan bertubi-tubi terhadap Najib adalah perancangan rapi dan agenda besar pihak tertentu bagi menjatuhkan pemimpin-pemimpin Islam seperti yang berlaku di beberapa negara Arab.

“Kita kena ingat dalam jangka masa panjang bagaimana Arab Spring menyebabkan negara-negara terbabit lumpuh dan tidak stabil hingga ke hari ini,” katanya.

Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang tidak berpuas hati dengan tuduhan rasuah Perdana Menteri Malaysia dari media barat, Wall Street Journal sebelum ini.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved