ONEXOX
BannerFans.com

Tampal Stiker #TangkapNajib di Kereta, Wanita Cun Melecun Disoal Siasat

on Tuesday, August 11, 2015



PETALING JAYA: Akibat menampal stiker #TangkapNajib di kereta, seorang wanita disoal siasat oleh polis kerana dipercayai melakukan perbuatan menghasut.

Wanita dari Kuching Sarawak itu menampal stiker terbabit di cermin belakang kereta Hyundai Elantra berwarna putih dipercayai milik wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Ahmad Bek mengesahkan kejadian, memetik laporan dari FMT.

“Lebih kurang jam 3 petang semalam (Isnin), sepasukan anggota polis yang sedang membuat rondaan di Jalan Kulas, Kuching telah terserempak dengan sebuah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat perkataan #TangkapNajib berwarna putih dibelakang cermin kenderaan tersebut,” katanya.

Hasil semakan lanjut kemudiannya mendapati pemilik kenderaan tersebut adalah seorang wanita.

Wanita terbabit telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamana.

Jika disabitkan kesalah wanita tersebut boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

“Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak mempamerkan pelekat yang seumpama itu dimana-mana bahagian kenderaan,” tegas Roslan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved