ONEXOX

VAPEON! LEGA. MEDIA SALAH TAFSIR, PUNCA VAPE BELUM DIPUTUSKAN HARAM TERJAWAP

on Tuesday, August 18, 2015



KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin hari ini menafikan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan vape.

Menurut beliau, kenyataannya sebelum ini telah disalah tafsir oleh pihak media.

"Saya bercakap di atas kapasiti saya, dari sudut pandangan peribadi, bukannya mewakili Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Saya juga menyatakan, sekiranya pakar telah mengesahkan vape itu memudaratkan kesihatan, membawa kepada pembaziran serta merosakkan alam sekitar, maka ia boleh jatuh haram seperti rokok atau shisha.

"Kami sedang menunggu laporan penuh dan penjelasan dari pakar Kementerian Kesihatan dan jika didapati vape memudaratkan kesihatan makan ia akan difatwakan sebagai haram," katanya, lapor The Rakyat Post.

Awal pagi tadi, media tempatan mahupun online melaporkan vape telah difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tersebar di laman sosial.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved