ONEXOX
BannerFans.com

Alpat ditinggal tanpa berkunci menimbulkan ketakutan penduduk Juasseh

on Tuesday, September 15, 2015



KUALA PILAH - Sebuah van jenis Ford Econovan yang dibiarkan tersadai di Jalan Kuala Pilah – Batu Kikir berhampiran Taman Harmoni, Juasseh sejak lebih dua bulan lalu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penduduk berhampiran.

Lebih membimbangkan, van tersebut diletakkan hanya kira-kira sepuluh meter dari sebuah kedai menjual produk kraftangan menyebabkan pemiliknya resah.

Mohd Diah Saan, 56, berkata, van itu mula disedari telah berada di situ pada bulan Ramadan lalu.

“Saya mula perasan ketika hendak membuka kedai kira-kira jam 11 pagi. Pada awalnya saya tidak mengesyaki apa-apa dan hanya menyangka van tersebut kehabisan minyak.

“Kemudian, apabila memasuki bulan Syawal, saya tengok van ini masih ada lagi di sini. Dalam hati, mungkin van ini rosak dan pemiliknya membiarkan dahulu di tepi jalan. Namun sehingga kini, saya jadi pelik kenapa van ini masih ada di sini, ia ganggu perniagaan saya sebab kedai terlindung dari pandangan pelanggan,” katanya.

Katanya, turut bertanyakan kepada penduduk Taman Harmoni, sekiranya mengetahui siapa pemilik van berkenaan.

“Rata-rata yang saya temui, mereka tidak tahu dan sehingga kini tiada siapa tahu pemiliknya. Jika ada pemilik, pasti pemilik akan mengambil van ini untuk dibaiki.

“Van ini pun ditinggalkan tanpa berkunci. Bimbang jikalau ada individu tidak bertanggungjawab menyalahgunakan van termasuk mencurinya. Ada juga terdetik di hati saya kalau-kalau van yang ditinggalkan ini adalah kenderaan curi,” katanya.

Menurut Mohd Diah, sekiranya sehingga akhir bulan ini kenderaan terbabit masih tidak dituntut, dia bercadang untuk membuat laporan polis supaya tindakan susulan diambil dan ia dapat dialihkan.

“Bagaimanapun, saya berharap orang ramai yang mengetahui pemilik van ini, segera datang ke sini bagi mengelakkan timbul masalah kemudian hari,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved