ONEXOX

'AWAK INI ASYIK MELANSIT SAJA KERJANYA' - SUAMI

on Friday, September 4, 2015



Sebagai isteri dan seorang ibu, perkara yang paling menghiris perasaan ialah bila dah siap-siap buat kerja, makan pun tak sempat kemudian dah petang barulah kita berehat atas sofa, tertidur ke, tiba-tiba mak kita tengok. Mak mertua ke, suami balik rumah tengok kita tidur, dia boleh berkata,

"Awak ini asyik tidur saja kerjanya,"

Saya percaya ramai di antara kita isteri-isteri mengalaminya.

Suami tidak berada di temapt kita. Dia memang tidak faham sebab dia tidak merasa apa yang kita rasa. Beruntung kalau kita mendapat suami yang baik dan yang cuba meringankan bebanan kita.

Pada masa mula-mula saya berhenti kerja, memang kelam kabut sebab tidak biasa. Saya biasa bekerja, pagi-pagi dress up pergi kerja. Lunch dengan kawan, kerja dan balik rumah. Tiba-tiba saya perlu buat semua kerja dari pagi sehingga ke petang. Kemas rumah, memasak. menguruskan anak-anak dan buat perniagaan di rumah sebagai menambah pendapatan sampingan.

Ya Allah, mula-mula hampir gila dibuatnya. Beberapa kali menangis. Kecuaian dah berlaku beberapa kali. Anak terjatuh semasa saya mengelap lantai. Telefon bimbit dah tiga biji musnah dek anak-anak. Gelas dah berapa banyak yang pecah. Barang-barang lain? Jangan cakaplah. Kalau tak kuat, boleh mental sebab stress betul pada awalnya.

Apabila suami balik rumah, dulu dia cakap "Sayang tak apalah duduk rumah boleh berehat. Abang penat bekerja,".

Pada masa itu saya sampai bergaduh dengan suami sebab nak bagi dia faham bahawa saya ini bukan goyang kaki. Saya tak salahkan dia sebab ramai yang menganggap surirumah  ini kerjanya duduk saja. Tak cakap oranglah, saya dulu semasa bekerja pun selalu fikir baik jadi surirumah, senang dan boleh berehat. Tetapi saya silap. Jadi tak hairanlah suami saya pun silap.

Bila pulang, rumah bersepah, pinggan tak basuh, baju tak berlipat. Suami tegur kenapa biarkan rumah begitu. Saya cakap tak sempat nak buat semuanya.

"Takkanlah tak sempat sayang, sayang duk main Facebook je kot?," katanya.

Aduh, sakitnya hati saya.

"Nak buat macam mana abang? Saya kemas, anak selongkar. Saya lap lantai rumah, anak curahkan air di dapur. Saya pergi dapur, dia selongkar benda dalam bilik. Saya nak buat kerja, anak kacau. Macam mana nak selesaikan semua?"

"Sayang ni kalau menjawab, nombor satu," katanya.

Itu suami nada sangat lembut. Saya dah luluh hati retak seribu. Tak tahulah kalau suami jenis yang menengking dan marah-marah. Sudahlah kita stress, lepas itu tidak dihargai pula. Bertambahlah stress.

Suatu hari pada hujung minggu, suami nak pasang bingkai gambar di dinding. Saya memasak di dapur, anak pula di depan. Semasa saya sedang sibuk memasak, terdengar suami mengeluh.

"Tegurlah anak-anak, suruh main jauh-jauh," keluhnya.

Saya dengar anak-anak dia sedang mengacau dia. Kemudian dia panggil saya untuk ambil anak sekejap. Saya cakap, saya tengah masak, tak boleh tinggal.

Kemudian suami sambung buat kerja.

Saya kadang-kadang tergelak di dapur dapat pulang paku keras. Duk dengar dia membebel-bebel. Siap masak, saya pergi dalam rumah. Tengok tiada apa pun yang terpasak dan suami tengah tengok televisyen.

"Mana frame gambarnya?"

"Nak pasang macam mana sayang? Anak main skru. Nak buat ukuran pun tak dapat. Stress abang. Nanti diorang tidur barulah abang pasang," katanya.

Saya tersenyum.

"Begitulah hari-hari saya lalui abang. Kalau diikutkan semua kerja tak boleh buat sebab anak duk kacau. Nak susu, nak dodoi, nak tidur tapi saya buat juga walaupun bersepah rumah. Balik rumah, abang dapat makan juga apa yang saya masak,"

Semenjak dari itu, suami tidak pernah mengadu malah sangat rajin membantu saya. Alhamdulillah.

Pengajaran, suami tolonglah hargai isteri. Percayalah, penat sangat-sangat jaga anak dan urus rumah tangga. Tetapi kami tak tunjuk sebab kami sayangkan suami dan gembira uruskan semua ini. Tetapi kalau tak sempurna, jangan komplen saja, tolonglah bantu sama. Semoga menjadi pengajaran.



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved