Mengakui terkilan sehingga menangis dengan reaksi negatif masyarakat kerana ketidaksediaannya untuk berhijab, penyanyi dangdut Amelina bagaimanapun berkata dia memaafkan pihak berkenaan,
“Saya masih beragama Islam dan tidak terpesong daripada akidah. Saya tahu kewajipan saya sebagai umat Islam di muka bumi ini. Apabila perkara ini terjadi, ia seolah-seolah menggambarkan diri saya seorang wanita yang jahat dan jahil tentang hal agama”
“Selama ini, saya tidak pernah menilai mahupun menghina mana-mana individu. Saya melayani setiap insan sama rata dengan penuh berhemah. Malangnya, ini yang saya terima.
“Saya sudah maafkan mereka. Tidak dinafikan, pada mulanya saya sangat sedih dan malu dengan komen negatif tersebut kerana ada yang sanggup menjatuhkan hukum mengatakan saya munafik dan bakal menjadi penghuni neraka," katanya memetik Rotikaya.
Ujar Amelina ramai pihak tersalah anggap dengan kenyataannya baru-baru ini dalam isu berhijab itu.
Namun Amelina meminta peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya supaya hasrat untuk berhijab termakbul.
“Mengenai isu bertudung pula, biarlah hidayah itu sampai bila tiba waktunya. Lagipun, saya tidak mahu bertudung untuk meraih simpati orang ramai ataupun mengikut trend semasa. Kalau saya mahu bertudung, saya mahu betul-betul fokus ke arah kebaikan,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment