Saya pernah bekerja di sebuah taska dulu. Pemiliknya selalu memukul budak dan saya sempat merakam dia memukul seorang budak perempuan. Saya dah memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa budak itu.
Sekarang, pemilik taksa nak tukar taska kepada nama yang lain. Saya tak nak dia menipu ibu bapa yang lain sebab sikapnya memukul budak masih tidak berubah selain dari menyediakan makanan yang agak teruk bagi budak-budak taska. Padahal, ibu bapa budak bayar yuran bulanan yang mahal untuk hantar anak ke taska dia.
Pemilik Taska Pukul Budak'Saya Sempat Rakam Owner Taska Pukul Budak' Berita selanjutnya: http://goo.gl/1jr1Xt
Posted by My Media Hub on 21hb September 2015
Saya rakam dan menyebarkan video ini bukan untuk kepentingan diri atau pun nak menabur pasir dalam periuk nasi dia tetapi saya tidak mahu orang lain yang terkena. Mungkin akan ada yang mempertikaikan mengapa saya hanya melihat tanpa berbuat apa-apa untuk menghalangnya. Tujuan saya rakam kerana saya memerlukan bukti dan saya juga telah menerangkan kepada ibu bapa budak yang dipukul.
Di taska itu ada kamera litar tertutup (CCTV) tetapi pemiliknya memberitahu saya yang dia boleh membuang video-video yang tidak diingini. Disebabkan itulah saya terpaksa merakam tanpa pengetahuannya. Video dalam rakaman CCTV taska juga telah dibuang olehnya.
Mujur saya masih menyimpan video ini. Minta tolong untuk sebarkan agar parent semua lebih berhati-hati apabila memilih taska.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment