ONEXOX
BannerFans.com

'BUKALAH! WA BUKAN TADAK DUIT MAU BAGI YOU!'

on Wednesday, October 7, 2015



PULAU PINANG - Video seorang lelaki memarahi dua anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang mengunci tayar keretanya viral di laman sosial malam tadi.

Video berdurasi 2 minit itu menunjukkan lelaki terbabit meletakkan keretanya, Perodua Myvi PLH2242 di zon larangan menyebabkan pihak MBPP terpaksa mengambil tindakan mengunci tayar keretanya.




'Bukalah! Wa Bukan Tadak Duit Mau Bagi You!'
Parking di Zon Larangan. Lelaki berang anggota MBPP clamp kereta dia. Selanjutnya http://goo.gl/u3VOYl
Posted by My Media Hub on 7hb Oktober 2015


Berang dengan tindakan anggota MBPP, lelaki itu meminta anggota terbabit membuka kunci tersebut. Namun ditolak dengan alasan lelaki itu perlu membayar denda terlebih dahulu jika mahu kunci itu dibuka.

Keengganan anggota terbabit membuatkan lelaki itu berang lalu meninggikan suara memarahi dua anggota berkenaan sehingga menarik perhatian orang di sekeliling.

"Wa bukan tak ada duit, wa ada duit bagi you lagi. You buka la! Tak mau buka tak payah eksen punya. Cakap you kasitau. Tadak, lu mau wang you kasi duit you buka. Wa bukan tadak duit. You sekarang buka, wa kasi. You tak payah punya, wa tak lari punya. You bawa pergi mahkamah wa tadak takut sama you ma. Takpa you tak mau buka, wa sendiri buka!" katanya.

Setelah puas melepaskan amarahnya, akhirnya lelaki itu menyuruh rakannya membayar wang denda yang dipinta. Bagaimanapun lelaki itu  dengan biadabnya melayangkan wang kertas ke lantai sebelum sempat anggota bernama Ina mengambilnya.

Setelah dibayar, barulah anggota terbabit membuka kunci tersebut dan kedua-dua mereka mengetatkan semula nat tayar kereta.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved