ONEXOX
BannerFans.com

PUNCA SEBENAR PEKERJA BANGLA DITAMPAR & DIPUKUL SAFETY OFFICER YANG RAKYAT MALAYSIA PERLU TAHU TERSEBAR

on Wednesday, October 7, 2015



KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki warga asing dimarahi dan ditampar oleh seorang Safey Officer viral di laman sosial dan mencetuskan rasa tidak puas hati netizen.

Video berdurasi 18 saat itu menunjukkan seorang Safety Office memarahi seorang pekerja warga asing yang dilaporkan tidak mengikut arahan keselamatan di tempat kerja. Lelaki berkenaan dilihat memukul kepala dan menampar muka pekerja asing itu dengan kemarahan yang tidak dapat dibendung lagi.

Netizen mengkritik tindakan lelaki itu keterlaluan sehingga hilang sifat kemanusiaan dalam dirinya.

"Salah memang salah, tapi tak perlulah sampai pukul dia. Marah-marah juga, tetapi silap haribulan penyelia dia boleh didakwa. Cuba kalau orang yang dipukul itu orang Malaysia, tak ke kena simen kau dalam tong dram nanti," kata Amirol.



Gambar kiri pekerja asing dalam video viral | Gambar kanan lokasi kejadian
Bagaimanapun, tampil beberapa individu menjelaskan bahawa adegan itu hanyalah lakonan semata-mata dari pihak Safety Department untuk pekerja baru.



"Ini hanyalah lakonan daripada Safety Department atas tujuan cara induction bagi pekerja baru. Yang tidak tahu cerita tolong jangan buat andaian bukan-bukan," kata Azhari Aris.

"Tolong padamkan video ini untuk mengelakkan fitnah dan aib berleluasa. Kami semua bekerja bersungguh-sungguh di projek ini untuk kemudahan orang ramai," kata Azrin Mesni yang dipercayai bekerja dengan syarikat berkenaan.

Bukan itu saja, beberapa individu yang pernah atau yang berkerja di bidang yang sama turut tampil mempertahankan tindakan Safety Office terbabit dari kritikan netizen yang tidak tahu risiko kerja di tempat-tempat pembinaan.





"Saya pun Safety Supervisor. Kadang-kadang naik angin juga bila kita tegur pekerja asing ini suruh pakai PPE tetapi mereka tidak mengendahkan. Besar tanggungjawab Safety and Health Officer. Walaupun gaji memang masyuk tetapi cabaran kerja juga mencabar keimanan. Keselamatan itu penting. Kamu melangkah masuk dalam site, wajib bagi kamu memakai PPE. Nanti kalau jadi apa-apa, semua susah kerana malang itu tidak berbau. Seperkara lagi, kalau kita tidak tegas, kita juga yang akan dimarahi oleh client sebab tidak menjaga keselamatan pekerja dengan elok dan melanggar SOP. Aku senang saja, tak perlu tampar-tampar seperti ini. Snap gambar, hujung bulan potong gaji mereka. Baru mereka tahu apa kesalahan mereka. Apa-apa pun utamakan keselamatan," kata Faiz Aziz.

"Aku salah seorang Safety Officer. Staff aku warga Indonesia mati tertimbus semasa kerja-kerja mengorek. RM500,000 aku kena bayar. Kalau tak bayar, tiga tahun aku terpaksa meringkuk di penjara Sungai Buloh. Warga asing memang susah kita nak suruh patuh SOP. Memang kena tegas seperti lelaki dalam video ini," kata Arif Neo.

"Aku kerja Safety Office di company Oil and Gas. Hampir semua pekerja asing warga Bangladesh, Myanmar, Nepal, Pakistan di tempat kerja aku sanggup kena tampar daripada permit kerja mereka ditarik dan mereka dibuang kerja dihantar balik ke negara asal," kata Melvey Original.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved