ONEXOX

Astro Nafi Gegar Vaganza Bermaksud Gegar Vagina

on Tuesday, December 15, 2015



KUALA LUMPUR 15 Dis. - Judul program Gegar Vaganza hari ini mengundang jenaka dalam kalangan netizan apabila perkataan "vaganza" itu dikatakan merujuk kepada kemaluan wanita atau vagina yang diterjemahkan daripada kamus urban Bahasa Inggeris.

Ditambah pula dengan perkataan "gegar" di hadapan perkataan tersebut, rata-rata pelayar laman sosial menyifatkan judul berkenaan terlalu lucah untuk diguna pakai oleh Astro bagi menerbitkan program televisyen bertajuk sedemikian rupa.

Bagaimanapun, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, perkataan "vaganza" yang diguna pakai pihaknya merujuk kepada perkataan asal ekstravaganza yang membawa maksud pertunjukan besar-besaran.

“Bersesuaian dengan matlamat Astro yang mahukan program ini menjadi sesuatu yang besar atau mampu mencipta fenomena, maka kami ubah suai secara kreatif kepada Gegar Vaganza supaya mendatangkan impak yang lebih besar serta dekat dengan penonton.

“Lagi satu, "vaganza" yang merujuk kepada vagina diperoleh daripada kamus urban, bukannya kamus Oxford. Kamus urban seperti ini dibuka kepada orang awam untuk menamakan sebarang perkataan yang menjadi gaya percakapan semasa atau bahasa pasar, tidak mengikut piawaian sebenar bahasa Inggeris,” katanya memberi penjelasan.

Sementara itu, Gegar Vaganza merupakan sebuah program televisyen terbitan Astro Ria yang menjadi platform buat penyanyi-penyanyi senior yang telah lama menyepi mengetengahkan semula bakat mereka kepada umum.

Sebanyak dua musim telah diterbitkan yang menobatkan Ayai Ilusi selaku juara pertama dan baru-baru ini, Siti Nordiana sebagai pemenang musim kedua.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved