ONEXOX

'BAWA BF MASUK BILIK SEWA DAH TREND DI BANGI'

on Saturday, December 12, 2015



BANGI - Seorang gadis yang ingin menyewa rumah sewa mendakwa membawa masuk teman lelaki ke dalam rumah menjadi trend yang biasa di Bangi.

Screenshot yang didedahkan oleh pemilik rumah sewa tersebut mengundang reaksi negatif netizen  di laman Facebook.

Gadis yang tidak didedahkan identiti itu pada mulanya bertanya sama ada bolehkah dia membawa teman lelakinya ke bilik. Namun, pemiliknya tidak membenarkan dia berbuat demikian.

Tambahan, gadis itu adalah muslim yang terang-terang bukan mahram.



"Dah terang lagi bukan mahram, tak boleh tinggal serumah. Timbulnya fitnah dan zina nanti. Kang kena kahwin free haa!" katanya.

"Owh, tadi saya ada tanya rumah lain, boleh saja bawa boyfriend masuk bilik. Benda ini dah trend lah di Bangi," balas gadis itu.

Bimbang bersuhabat melakukan perkara yang berdosa, pemilik rumah itu terpaksa menolak keinginan gadis itu menyewa rumahnya.

"Tak apalah awak. Saya tak ambil penyewa yang ingin bawa lelaki masuk rumah. Jagalah maruah sebagai perempuan," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved