ONEXOX
BannerFans.com

Polis Menafikan Khabar Angin Tentang Kematian 10 Orang Di Kuala Krai

on Friday, December 26, 2014



KOTA BHARU: Pihak Polis Kelantan semalam menafikan telah menafikana khabar angin yang telah dikongsikan di media sosial kononnya 10 orang dipercayai mati lemas akibat terperangkap di dalam rumah di Guchil, Kuala Krai akibat banjir.

Selain itu Pihak Polis Kelantan turut menafikan berita palsu yang turut disebarkan kononnya 40 pesakit di Hospital Kuala Krai mati akibat ketiadaan bantuan oksigen.




Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim menafikan mesej-mesej dari aplikasi WhatsApp yang sebarkan adalah tidak betul dan akan mengeruhkan lagi suasana dimana mereka sepatutnya bersama-sama membantu mangsa banjir.

"Pihak  polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang membuat fitnah dan cerita bukan-bukan itu."





"Pihak polis memantau perkara ini supaya ianya tidak menjadi masalah semasa banjir ini," katanya.

Mereka yang menyerbarkan maklumat tanpa memetik sumber yang disahkan adalah merupakan kesalahan yang boleh didakwa dibawah Akta Kanun Keseksaan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Ab Rahim Che Ghani berkata pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan kedua-dua kejadian berkenaan.

"Jangan percaya kepada maklumat dalam laman sosial Facebook. Rujuk kepada polis untuk mendapatkan pengesahan," katanya.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved