ONEXOX
BannerFans.com

Gambar ditangkap semasa beromen bawah sinki dapur tersebar

on Wednesday, December 23, 2015



PONTIAN - Sebuah keluarga di Kampung Parit Dato Onn di sini, terselamat daripada bahaya apabila kehadiran dua ular tedung yang sedang mengawan di bawah sinki dapur rumah disedari kucing peliharaan mereka.

Salah seorang ahli keluarga yang hanya mahu dikenali Lela berkata, ketika kejadian, dia mahu menyiapkan sarapan pagi sebelum kucingnya menghampiri haiwan berbisa itu.

Dia terkejut sebaik melihat kucing itu diterjah dua reptilia berkenaan.

Menurutnya, seorang ahli keluarga terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah untuk meminta bantuan.

Sementara itu, Pegawai JPAM daerah, Mohd Hairol Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan dua tedung itu, kira-kira jam 7.29 pagi dan mengarahkan empat anggotanya ke lokasi untuk menangkap reptilia tersebut.

Ketika dihampiri, dua ular seberat dua kilogram dengan panjang hampir satu meter itu sedang mengawan dengan berbelit antara satu sama lain.

“Ular itu bertindak agresif dan kedua-duanya masih berbelit ketika ditangkap dalam tempoh kira-kira 10 minit,” katanya.

Beliau berkata, reptilia tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar (Perhilitan) untuk tindakan lanjut

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved